Langkau ke kandungan utama

Bonus di Doto

Doto menambahkan bonus pada deposit anda. Semakin besar jumlah satu deposit, semakin tinggi kadar bonus—sehingga 100%.

Bonus ialah kredit dagangan bukan tunai. Bonus meningkatkan dana yang tersedia untuk berdagang dalam akaun anda, tetapi bonus bukan wang anda sendiri dan tidak boleh dikeluarkan secara langsung. Keuntungan yang anda peroleh semasa berdagang boleh dikeluarkan.


Berapakah bonus yang anda dapat?

Jumlah deposit (USD atau nilai yang setara)

Kadar bonus

Dana tersedia untuk berdagang

$5–$20

50%

$7.50–$30

$20–$50

60%

$32–$80

$50–$100

70%

$85–$170

$100–$150

80%

$180–$270

$150–$200

90%

$285–$380

$200 dan ke atas

100%

$400 dan ke atas

Kadar tersebut dikenakan pada setiap deposit secara berasingan berdasarkan jumlah deposit itu, bukan berdasarkan jumlah keseluruhan yang telah anda depositkan.

Contohnya:

  • Deposit $10 → bonus $5 (50%) → $15 tersedia untuk berdagang.

  • Deposit $120 → bonus $96 (80%) → $216 tersedia untuk berdagang.

  • Deposit $250 → bonus $250 (100%) → $500 tersedia untuk berdagang.

Kadar dan peringkat boleh berubah. Kadar yang dikenakan ialah kadar yang diterbitkan ketika deposit anda diterima dan dikreditkan.


Satu deposit atau beberapa deposit?

Oleh sebab kadar bergantung pada jumlah satu deposit, mendepositkan dana ke dalam akaun anda sekali gus boleh memberikan bonus yang lebih besar berbanding membahagikan jumlah yang sama kepada beberapa deposit.

💡 Satu deposit sebanyak $120 memperoleh 80%, iaitu bonus sebanyak $96. Jika $120 dibahagikan kepada empat deposit berasingan sebanyak $30 yang dibuat pada waktu berbeza, setiap deposit memperoleh 60%, iaitu jumlah bonus sebanyak $72.

💡 Perkara yang perlu diketahui: jika beberapa deposit dibuat daripada sumber yang sama dalam tempoh yang singkat, deposit tersebut akan dianggap sebagai satu deposit semasa kadar bonus dikira. Membahagikan deposit tidak akan memberikan anda lebih daripada satu bonus untuk jumlah yang sama.


Had seumur hidup sebanyak $1,000

  • $1,000 ialah jumlah maksimum keseluruhan yang boleh anda terima dalam bentuk bonus deposit merentas semua akaun dagangan anda dengan Doto, tanpa mengira jumlah deposit yang anda lakukan.

  • Ini ialah had seumur hidup. Bonus yang kemudiannya digunakan, dikurangkan, dibuang atau dibatalkan tidak akan mengembalikan kuota bonus dalam had tersebut. Had ini dikira berdasarkan semua bonus yang pernah anda terima, bukan jumlah bonus yang anda miliki sekarang.

  • Apabila anda menghampiri had $1,000, anda mungkin ditawarkan bonus dalam jumlah tertentu dan bukannya dalam bentuk peratusan. Jumlah itu ialah baki kuota bonus anda. Selepas anda menerima bonus berjumlah $1,000, deposit baharu tidak lagi akan memperoleh bonus dan tawaran bonus tidak akan dipaparkan.


🎉 Bagaimanakah cara mendapatkan bonus?

✅ Bonus dikenakan pada deposit bermula daripada $5 (atau nilai yang setara dalam mata wang anda).

✅ Bonus ditambahkan secara automatik melainkan anda mematikannya sebelum membuat deposit.

✅ Pengkreditan bonus boleh mengambil masa sehingga 24 jam, atau lebih lama jika kami perlu mengesahkan identiti atau kelayakan anda terlebih dahulu.

✅ Pada skrin deposit, anda akan melihat kadar dan jumlah tepat bonus sebelum mengesahkan pembayaran

Bonus tersedia pada akaun dagangan sebenar.


Siapakah yang boleh mengambil bahagian?

  • Anda mestilah berumur 18 tahun atau lebih, atau telah mencapai umur yang sah di negara tempat tinggal anda, serta berupaya untuk menandatangani kontrak yang mengikat secara sah di negara tersebut.

  • Akaun milik pihak yang berkaitan—seperti ahli keluarga atau individu dan entiti di bawah kawalan yang sama—tidak boleh menyertai program secara bersama. Jika data pendaftaran atau dagangan sepadan antara peserta, termasuk alamat IP, kami boleh membatalkan kelayakan akaun yang terlibat dan mendapatkan semula bonus serta keuntungan yang diperoleh menggunakan bonus tersebut.

  • Kami boleh meminta dokumen untuk mengesahkan identiti dan kelayakan anda pada bila-bila masa, sebelum atau selepas bonus dikreditkan. Kami juga boleh menahan atau mendapatkan semula bonus semasa proses pemeriksaan dilakukan.


Cara dana bonus berfungsi

Dana bonus meningkatkan margin yang tersedia dalam akaun anda, supaya anda boleh membuka dan mengurus kedudukan dengan menggunakan jumlah modal sendiri yang lebih kecil. Dana tersebut bukan sebahagian daripada dana anda sendiri dan tidak boleh dikeluarkan.

Ekuiti anda—iaitu baki anda, ditambah keuntungan dan kerugian daripada kedudukan terbuka serta bonus yang telah dikreditkan—ialah nilai yang digunakan untuk mengukur kedudukan anda.

Keuntungan yang anda peroleh daripada dagangan sebenar adalah milik anda dan boleh dikeluarkan, tertakluk pada peraturan di bawah.


Pengeluaran dan pindahan dalaman

Apabila anda mengeluarkan dana atau memindahkannya antara akaun anda, bonus akan dikurangkan mengikut kadar yang sama dengan jumlah yang anda keluarkan:

Bonus yang dibuang = (jumlah yang diminta ÷ baki yang tersedia untuk dikeluarkan, tidak termasuk bonus) × bonus yang dikreditkan pada masa ini

Contoh: Anda mendepositkan $80 dan menerima bonus sebanyak $56 (70%). Anda mengeluarkan $20, iaitu 25% daripada baki $80 anda. Oleh itu, $14 (25% daripada $56) akan dibuang daripada bonus anda.

Beberapa perkara yang perlu diingat:

  • Setelah bonus dikurangkan, bonus tersebut tidak akan dipulihkan walaupun pengeluaran dibatalkan.

  • Untuk pindahan dalaman, bonus dibuang daripada akaun asal dana dipindahkan. Akaun penerima tidak akan mendapat bonus baharu.

  • Bonus tidak boleh dipindahkan secara berasingan antara akaun.

  • Pembuangan bonus tidak menjejaskan hak anda untuk mengeluarkan dana yang anda depositkan sendiri dan keuntungan daripada dagangan sebenar.


Bilakah bonus boleh dibuang?

  • Ekuiti anda jatuh kepada atau di bawah jumlah bonus. Bonus boleh dibatalkan dan kedudukan anda mungkin ditutup akibat stop out.

  • Hanya dana bonus yang kekal dalam akaun. Jika tiada dana yang tersedia untuk dikeluarkan, pembukaan kedudukan baharu mungkin disekat.

  • Bonus tidak digunakan dalam tempoh 90 hari selepas dikreditkan.

  • Akaun menjadi tidak aktif.

  • Deposit dibatalkan atau dikenakan caj balik. Bonus yang sepadan dan sebarang keuntungan yang berkaitan dengannya boleh dibuang.

  • Arbitraj atau penyalahgunaan. Jika kami mengenal pasti sebarang bentuk arbitraj, keuntungan tanpa risiko, penyalahgunaan, penipuan, manipulasi atau arbitraj caj balik yang berkaitan dengan bonus—termasuk corak dagangan yang menunjukkan matlamatnya adalah untuk memperoleh keuntungan daripada bonus dan bukannya berdagang dalam pasaran—semua bonus dalam akaun anda boleh dibatalkan bersama transaksi dan hasil yang diperoleh daripadanya. Pesanan boleh dibatalkan, keuntungan dibatalkan dan akaun boleh digantung atau ditutup.


Bagaimanakah cara melangkau bonus?

📌 Matikan suis bonus pada skrin deposit sebelum mengesahkan pembayaran. Selepas itu, anda hanya akan berdagang menggunakan dana yang anda depositkan.

Untuk menarik diri sepenuhnya daripada program, hantar e-mel kepada [email protected].


Menyemak baki bonus anda

Buka Akaun saya dan lihat bahagian Baki bonus.


Mata wang

💡 Bonus tersedia dalam semua mata wang yang disokong. Peringkat ditetapkan dalam USD dan ditukar berdasarkan kadar pertukaran yang dikenakan pada deposit anda. Oleh itu, anda disarankan untuk menyemak jumlah yang telah ditukar dengan penyedia pembayaran bagi mengetahui jumlah deposit yang akan dikreditkan ke akaun anda.


Untuk melihat semua peraturan, rujuk Terma dan Syarat Bonus Deposit. Jika terdapat sebarang perkara yang kurang jelas, pasukan Sokongan kami boleh membantu.

Adakah ini menjawab soalan anda?